Stesen radio yang ditutup Senarai_stesen_radio_Malaysia

  • BBC World Service (siaran Melayu) - Disiarkan selama 50 tahun sehingga 31 Mac 1991. Digantikan dengan siaran Inggeris dan dapat didengar di seluruh negara.
  • TalkRadio - Frekuensi diambil alih oleh MY FM.
  • Classic Rock - Frekuensi diambil alih oleh ERA FM, tetapi masih disiarkan melalui Astro dan internet.
  • RfM - Pada awalnya disiarkan melalui frekuensi 98.8 MHz, kemudian 91.5 MHz, dan akhir sekali 104.9 MHz. Diambil alih oleh The Star pada tahun 2003, dan frekuensi radio asal telah diambil alih masing-masing oleh 988 dan Ikim FM.
  • Time Highway Radio - Setelah bertukar tangan kepada AMP Radio Networks (sekarang Astro Radio), Astro tidak lagi menggunakan singkatan THR. Tambahan pula, THR masih mengekalkan dua segmen iaitu THR Raaga dan THR Gegar untuk pendengar di Pantai Timur. Pada Januari 2018, nama THR digugurkan dari kedua-dua stesen radio tersebut.
  • WOW FM - Disiarkan di antara tahun 2000 hingga 2003 di gelombang 97.6 MHz, dan kemudiannya digantikan oleh WA FM (2003 hingga Oktober 2005), tetapi tempoh operasi stesen radio ini tidak panjang. Oleh kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh NTV7, semua aset NTV7 termasuk WOW FM dan WA FM diambil alih oleh Media Prima Berhad, dan frekuensi diambil alih oleh radio Hot FM.
  • Info FM - Bersiaran menerusi frekuensi 91.1 MHz dari 10:00 hingga 13:00. Disebabkan oleh penambahan waktu siaran Asyik FM, stesen radio ini menamatkan penyiarannya pada 31 Disember 2006.
  • Wanita FM - Bersiaran pada tahun 2006 hingga 2008. Frekuensi diambil alih oleh stesen radio Cina, One FM. Stesen radio ini bersiaran di Lembah Klang sahaja.
  • FMJB - Juga dikenali sebagai Radio Bandaraya Johor Bahru. Mula disiarkan pada 20 Oktober 1988 dan dihentikan penyiaran pada Mac 2011. Frekuensi digantikan oleh Radio24 sejak 27 Disember 2011.
  • Suara Malaysia 1 & 2 (siaran pelbagai bahasa) - Termasuk Suara Islam, dihentikan pada 31 Ogos 2011. Siaran Suara Islam digantikan dengan Salam FM, manakala siaran Asyik FM dilanjutkan kepada 11:00 malam.
  • Muzik FM - Stesen radio pertama Malaysia untuk bersiaran dalam bentuk Stereo, dan pernah menggunakan nama seperti Radio 2, Radio Malaysian Saluran Muzik dan Radio Muzik sebelum bertukar nama kepada Muzik FM. Mula bersiaran pada tahun 1975 dan digantikan oleh Nasional FM pada tahun 2012. Kini bersiaran di internet sahaja, dengan menggunakan nama Galaksi Muzik RTM.
  • XFM - Mula bersiaran pada 28 September 2004 dan ditamatkan pada 8 Julai 2012. Masih boleh didengar melalui Internet, siaran di Astro dan melalui gelombang FM digantikan oleh radio Cina, Melody FM.
  • Pi Mai FM - Stesen radio untuk pendengar Pulau Pinang, namun dapat juga didengari di Kedah dan Perlis. Selepas pemiliknya, Copyright Laureate diambil alih oleh Media Prima Berhad, frekuensinya diambil alih oleh Kool FM.
  • Ultra FM - Bersiaran dari tahun 2013 - September 2015. Pada Oktober 2015, Copyright Laureate Sdn. Bhd. diambil alih oleh Media Prima Berhad, radio ini dilancarkan semula sebagai Kool FM pada Mac 2016.
  • Capital FM - Bersiaran menerusi 88.9 MHz untuk pendengar kawasan Lembah Klang, Capital FM mula bersiaran pada Februari 2008, kemudian diambil alih oleh The Star pada tahun 2011 dan ditamatkan penyiarannya sekitar hujung September 2015. Pada September 2016, Astro Radio mengambil alih Capital FM dan Red FM, dan frekuensi diambil alih oleh stesen radio Cina, goXuan FM.
  • Red FM - Stesen radio milik Star Radio Group yang bersiaran menerusi frekuensi 104.9 MHz di Lembah Klang. Stesen radio ini diberhentikan penyiaran pada 31 Disember 2015, walaupun masih disiarkan pada tahun 2016 dengan hanya menyiarkan lagu, berita dan laporan trafik. Diambil alih oleh Astro Radio pada September 2016, frekuensi diambil alih oleh Zayan FM.

Amboi FM - Sebuah radio atas talian yang diasaskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh warga OKU penglihatan. Ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2012 namun ditutup pada 2018 atas sebab-sebab masalah pengurusan. Radio ini telah dijenamakan semula kepada Damai FM yang mula bersiaran pada 26 Jun 2018.